MALAPETAKA ICON AMARA

MALAPETAKA ICON AMARA

Nak tahu lebih lanjut tentang kerja kapal?

[15:48, 23/02/2025] Mohd Hairil Hisyam: ICON AMARA
Beberapa hari lepas industri perkapalan sektor oil & gas dikejutkan dengan berita gempar yang amat mendukacitakan di mana terjadi sebuah kecelakaan yang telah meragut dua nyawa crew kapal tersebut.

Beberapa orang lagi tercedera masih lagi di hospital untuk menerima rawatan.

Sejujurnya saya amat terkejut dan turut berasa sedih dengan kejadian ini kerana rata-rata saya mengenali crew-crew yang berada di atas kapal tersebut.

Memang setiap kali berada di atas kapal,  kami ibarat satu keluarga besar yang tinggal di bawah bumbung yang sama. Di situ lah kami bekerja, di situ lah kami tinggal dan di situ jugalah kami makan bersama dalam tempoh kontrak selama tiga bulan.

Saya sendiri pernah bekerja di atas kapal ‘sister-ship’ yang sama dengan kapal yang mengalami kecelakaan itu.

Laporan awal mengatakan salah satu tanki meletup di engine room yang belum diketahui punca sebenar.

Setahu saya ini adalah kejadian malapetaka yang paling terburuk dalam sejarah perkapalan sektor oil & gas di Malaysia kerana tiada lagi kecelakaan yang seumpama ini selama 16 tahun saya dalam industri ini.

Crew-crew kapal ini adalah sebahagian daripada ‘front-liner’ yang menggerakkan sektor ekonomi paling lumayan di dalam negara iaitu hasil bumi minyak dan gas.

Malangnya, pengorbanan crew-crew kapal langsung tidak pernah dihargai, malah menerima layanan buruk dan sering ditindas oleh sesetengah pihak.

Perkara ini amat menyedihkan kerana langsung tidak mencapai standard jika nak dibandingkan dengan negara-negara pengeluar hasil minyak dan gas yang sama di serata dunia

Tidak cukup dengan itu, kebajikan crew-crew kapal tempatan ini telah lama diabaikan terutamanya dari segi tangga gaji, keperluan latihan, peralatan keselamatan di tempat kerja dan kebajikan-kebajikan lain yang tidak terdaya untuk disenaraikan di sini.

Lebih-lebih lagi crew kapal yang berada di gred bawahan, mereka selalu terdedah dengan pelbagai risiko berbahaya di tempat kerja hingga boleh mengancam nyawa ketika menjalankan tugas. Gaji yang dibayar dikira tidak setimpal sama sekali.

Belum lagi dikira dengan mereka terpaksa terdedah dengan cuaca tidak menentu di lautan. Hujan dan panas, ombak setinggi 4-5 meter adalah perkara biasa bagi mereka ketika bekerja di laut.

Keadaan ini bukanlah benda kebiasaan bagi orang-orang awam yang tidak mampu bertahan dari segi mental dan fizikal.

Tambahan pula mereka terpaksa berjauhan dan meninggalkan keluarga tersayang dalam waktu tempoh yang agak lama demi mencari rezeki.

Gaji yang diterima amatlah tidak berbaloi dengan kudrat dari hasil titik peluh mereka dan bermacam-macam jenis halangan yang terpaksa mereka tempuh selama bekerja di atas kapal.

Jangan hairan jika saya mengatakan kerja bawa grab-car atau e-hailing pun menerima gaji yang lebih besar dari apa yang diterima oleh crew-crew kapal ini. Itu lah realiti sebenarnya.

Untuk makluman, crew-crew kapal ini hanya menerima gaji selagi mereka bekerja di atas kapal sahaja. Tiada gaji yang dibayar kepada mereka dalam tempoh bercuti sewaktu mereka di rumah.

Lebih menyukarkan lagi keadaan, ada di antara mereka sukar mendapat tempat bekerja di atas kapal di perairan negara sendiri kerana lambakan warga asing terutamanya dari negara Indonesia dan Philippine.

Saya percaya perkara ini berlaku berpunca daripada sesetengah pihak syarikat yang telah mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang tinggi daripada syarikat yang mereka usahakan.

Bukan satu atau dua pihak yang terlibat, malah terlalu banyak syarikat syarikat menjadi orang tengah untuk membuat keuntungan yang berlipat kali ganda.

Pada akhirnya, crew-crew kapal ini yang menjadi mangsa keadaan kerana gaji yang sepatutnya diterima sekian banyak, sudah siap-siap dipotong daripada pihak syarikat yang kebiasaanya menjadi orang tengah untuk sesuatu projek.

Bayangkan, tangga …
[15:57, 23/02/2025] Mohd Hairil Hisyam: Pihak berwajib perlulah membuka mata dan mencari punca sebenar berlakunya BB malapetaka tersebut. Dan saya tahu bukan mudah untuk menjalankan siasatan terperinci kerana perkara ini melibatkan banyak pihak untuk bekerjasama.

Besar harapan saya untuk melihat lanskap industri perkapalan di dalam sektor oil & gas ini berubah seperti negara-negara pengeluar minyak dan gas yang lain.

Sekali gus memartabatkan golongan pelaut setanding dengan pelaut dari negara-negara maju ke tahap yang boleh dibanggakan.

Once Seaman, Seaman Forever.

Untuk membantu dan memudahkan anda mendapatkan kerja sebagai crew kapal, saya sediakan ebook ini untuk anda ikut step by step sebagai rujukan untuk anda follow dan apply….

Dapatkan eBook Kerja Kapal Sekarang & Mulakan Langkah Anda Menjadi Seorang Pelaut!

Mohd Hairil Hasyim

Pelaut Berpengalaman

Share This :

Kisah dan Ilmu

Baca Lagi Blog & Artikel

“Panduan Lengkap untuk Memulakan Kerjaya di Lautan dengan Gaji Lumayan – Langkah Demi Langkah!”

Design by WebMy Services

Copyright © 2025 – KerjaKapal.Com