21/02/2025
Bekerja di kapal Offshore memang berbeza dengan kapal dagang. Saiz kapal offshore biasanya lebih kecil dan pendek, kerana operasinya hanya tertumpu di sekitar perairan negara dan pelantar minyak & gas.
Antara jenis kapal offshore yang biasa digunakan ialah:
✅ Anchor Handling Tug & Supply (AHTS)
✅ Accommodation Workboat (AWB)
✅ Accommodation Workbarge (AWB)
✅ Platform Supply Vessel (PSV)
✅ Crewboat
✅ Straight Supply Vessel (SSV)
✅ Diving Support Vessel (DSV)
✅ Inspection Maintenance & Repair (IMR)
✅ ROV Support Vessel
Pelaut yang bekerja di kapal offshore perlu mengikuti kursus yang sama seperti pelaut kapal dagang, tetapi terdapat sedikit perbezaan dari segi sijil dan dokumen yang diperlukan. Selain itu, kontrak kerja di kapal offshore juga biasanya lebih singkat berbanding kapal dagang.
Dari segi operasi, kapal offshore tidak belayar jauh ke laut lepas seperti kapal dagang. Kapal ini hanya bergerak dari pelabuhan utama ke pelantar minyak & gas untuk menghantar bekalan seperti drilling paip, besi, mesin & jentera, minyak, air, serta makanan bagi keperluan pekerja di pelantar.
Jadi, jika anda berminat bekerja di kapal offshore, pastikan anda memahami perbezaan ini dan bersedia dengan sijil serta dokumen yang diperlukan!
Dapatkan eBook Kerja Kapal Sekarang & Mulakan Langkah Anda Menjadi Seorang Pelaut!
Pelaut Berpengalaman
Laman Utama Blog Kapal Artikel Deck Engine Catering Tentang...
“Panduan Lengkap untuk Memulakan Kerjaya di Lautan dengan Gaji Lumayan – Langkah Demi Langkah!”
Design by WebMy Services
Copyright © 2025 – KerjaKapal.Com